Monday, March 28, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 25 Februari yang lalu. Sambutan yang diadakan saban tahun ini disambut meriah oleh warga SK Duyong. Majlis ini telah dikelolakan oleh panitia Agama. Sedikit rasa terkilan dan terharu kerana pada tahun ini bubur Asyura tidak dapat dimasak oleh guru-guru. Setelah 20 tahun aktiviti ini diadakan tapi tahun ini agak kecewa. kebiasaannya ramai murid dan guru akan menjamu bubur dan ada yang membawa pulang untuk ibu kerana rasanya yang sedap dan lazat.

Walaupun begitu penceramah jemputan telah berjaya menambat hati pendengar dengan ceramahnya. Ada guru yang menitik airmatanya mendengar ceramah tersebut

Pada hari tersebut, murid-murid dan guru-guru mendengar ceramah Maulidur Rasul daripada penceramah jemputan iaitu Ustaz Latiff. Antara isi ceramahnya ialah tentang kerasulan Rasulullah dan beliau sebagai idola umat Islam.

Selepas itu, murid-murid dan guru-guru bersama-sama berarak sambil berselawat di sekitar kampung. Seronoknya melawat kampung dengan berarak kebiasaanya berkereta .









































Tahniah kepada semua guru Panitia Agama Islam serta warga SK Duyong yang telah menjayakan program ini